Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ayam (Potong 8, cuci bersih)
  • 2 sdb tomato puree
  • 100g butter
  • 2 biji bawang besar (Dadu)
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 biji kentang (belah 4)
  • 60ml air
  • 125ml whipping cream
  • 2 biji cili hijau (Hiris)
  • 1 cwn daun ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • BAHAN REMPAH CAMPUR
  • 2 sdt garam masala
  • 2 sdt serbuk ketumbar
  • 1 sdb serbuk jintan putih
  • 1 sdb serbuk jintan manis
  •  

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Perap ayam bersama rempah campur, yogurt dan tomato puree selama 1 jam. Tumbuk bahan yg bertanda *.
  2. Panaskan kuali dan cairkan butter. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan buah pelaga hingga wangi.
  3. Masukkan ayam yg telah diperap tadi dan gaul rata. Biar ayam empuk sedikit.
  4. Tuang air dan masukkan kentang, biarkan mendidih hingga ayam dan kentang lembut.
  5. Masukkan whiping cream, gaul rata. Akhir sekali masukkan cili besar dan daun ketumbar. Gaul sebati. Hidangkan.
%d bloggers like this: