Kecubong

Khasiat dan Kegunaan:

  • Bunga kecubung dihiris nipis dan dikeringkan sebelum ia dicampur dengan tembakau untuk dihisap sebagai rokok bagi merawat penyakit lelah.

  • Kelopak bunga yang dikeringkan juga boleh dihisap seperti rokok bagi tujuan yang sama. Seduhan kelopak bunga boleh diminum bagi merawat sakit jiwa.

  • Penggunaan luaran daun kecubung dikatakan dapat meransang pertumbuhan rambut, melegakan kembung pada kanak kanak dan merawat sakit tulang.

  • Penggunaan kecubung perlu diawasi kerana kehadiran racun-racun seperti kimia hyoscyamine, scopolamine dan atropine yang boleh menyebabkan khayal.