Ingredients
- 200 gm mentega
- 1/4 cawan gula halus
- 4 biji telur gred B
- 1/4 cawan serikaya
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan horlick
- 150 gm biskut marie – dipatah 4
- 1 sudu besar serbuk koko + 1/2 sudu besar coklat emulco pewarna hijau
Directions
- Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul hingga kembang.
- Masukkan serikaya, susu pekat manis dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.
- Kemudian,masukkan pula tepung gandum, horlick dan gaul hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan (serbuk koko+coklat emulco) + 1/2 biskut marie yg telah dipatahkan dan satu bahagian lagi masukkan pewarna hijau + 1/2 biskut marie.
- Sapukan mentega pada dasar loyang/bekas acuan dan alaskan bekas acuan dengan kertas kek.
- Masukkan adunan berwarna hijau,ratakan keseluruh permukaan loyang. Goyang2 dan hentakkan loyang supaya adunan menjadi mampat.
- .Panaskan air kukusan dan kukuskan menggunakan api sederhana hingga separuh masak.
- Kemudian,keluarkan adunan tersebut dan tuangkan adunan berwarna coklat tadi,ratakan dan goyang2,hentakkan sehingga mampat.
- .Masukkan semula dalam periuk pengukus dan kukus lagi sehingga 1 jam atau sehingga masak.
- Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan..