Ingredients

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/4 sudu teh garam ( secukupnya )
  • 3/4 cawan gula
  • 2 sudu besar coklat cip
  • 1 cawan air ( 250 ml ) atau secukupnya – better guna air sejuk dlm fridge
  • 1/2 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1/4 cawan minyak

Directions

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius.
  2. Masukkan tepung gandum,baking powder,soda bikarbonat,serbuk koko yang diayak dalam bekas dan gaulkan sebati.
  3. Kemudian,masukkan pula air sejuk,gula,esen vanila,jus lemon,garam serta minyak dan pukul hingga sebati.
  4. Setelah itu,masukkan cip coklat dan pukul lagi sehinggalah semuanya sebati dan tidak berketul.
  5. Sediakan loyang segiempat dan sapukan mentega pada dasar loyang tersebut.
  6. Tuangkan adunan kek coklat ke dalam loyang dan ratakan.
  7. Bakar dalam ketuhar selama 35-40 minit sehingga masak.

UNTUK TOPPING :

  • Masukkan coklat masakan,sedikit susu segar dan 1 sudu kecil madu dalam bekas dan guna kaedah doule boiler..biarkan cair dan toppingkan atas kek coklat, taburkan juga coklat urai sebagai hiasan.

 

%d bloggers like this: