Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 biji betik muda saiz kecil 
  • 200 g udang (Dibuang kulit) 
  • 1 ekor sotong (Dipotong kecil) 
  • 1 kuntum bunga kantan 
  • 1 sudu makan udang kering 
    (Ditumbuk halus)
  •  1 sudu makan kerisik 
  •  5 biji cili api 
  • 2 biji cili merah (Cili api dan Cili merah dicencang halus)
  • 4 biji limau kesturi (Diambil jusnya) 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kupas kulit betik kemudian buangkan bijinya. Sagat ataupun 
    cencang kasar. 
  2. Masakkan udang dan sotong seketika. Angkat dan tuskan. 
  3. Belah dua bunga kantan dan hiris halus. 
  4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan gaulkan rata. 
  5.  Masukkan jus limau dan garam secukup rasa. 
  6. Gaulkan rata dan sedia dihidangkan.

 

 

%d bloggers like this: