Bahan diperlukan :

1kg kerang
3 biji cili padi *
1 biji bawang kecil *
1 ulas bawang putih *
1/2 inci belacan bakar *
1 sudu daun ketumbar *
1 biji tomato *

1 s/b sos ikan
1 s/b gula pasir
1 s/b jus limau kasturi / nipis
1/2 cawan jus asam jawa

Cara penyediaan :

  1. Cuci kerang dan rebus sampai kerang terbuka sedikit. Buang sebelah kulitnya, dan simpan didalam air sejuk / ais supaya tak kecut
  2. Cincang / potong dadu kesemua bahan bertanda *
  3. Toskan kerang tadi, letakkan didalam manguk / piring.
  4. Campurkan bahan yg dipotong dadu dengan sos ikan, gula, air limau dan asam jawa l. Adjust rasa secukpnya masam, manis, pedas… Tak payah garam sebab sos ikan tu dah masin