BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket mi segera | dicelur dan ditoskan
  • 1 biji tomato | dipotong dadu
  • 2 biji cili merah | dihiris
  • Segenggam daun ketumbar | dicincang
  • 6 ekor udang segar | dicelur
  • 2 sudu teh pes tomyam
  • 1 biji jus limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa

    CARA MEMASAK:

  1. Satukan pes tomyam, jus limau nipi, garam dan gula. Bancuh sehingga sebati.
    2. Kemudian masukkan tomato, cili merah dan daun ketumbar.  Kacau rata.
    3. Seterusnya masukkan mi segera dan udang  yang telah dicelur. Gaul hingga semua bahan mesra.
    4. Sedia untuk dinikmati
%d bloggers like this: