BAHAN-BAHAN :-

Ketam (1kg)
1 Batang Serai
Daun limau purut 10 keping
Daun Ketumbar Segenggam
Cili api, suka hati banyak mana
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Asam Keping 1 (besar)
Serbuk Kari 2 Sudu
Cili Giling 3 Sudu
Paste Cili Thai 2 Sudu
Gula & Garam sedikit

 

CARA MEMASAK :-

1.Bersihkan ketam, rebus dahulu, buang apa yang tak patut, dan potong 2.
2.Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti
3.Dalam Periuk/kuali, panaskan minyak, masukkan Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Serai hingga naik bau
4.Masukkan cili giling dan kari yang dah dibancuh sehingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai.
5.Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi, agak-agaklah kuah nak banyak mana ye.
6.Kacau hingga rata, masukkan asam keping, gula dan garam.
7.Akhir sekali masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut.
8.Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi berkahwin (bersatu).
9.Dan bolehlah dihidang…sedapnyee!!

 

 

%d bloggers like this: