Ingredients

  • 1 bungkus kueh tiaw
  • 3 biji telur – dipukul
  • 10 ekor udang basah
  • 150 gm ayam
  • 2 ekor sotong
  • 1 batang fish cake – potong nipis
  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • 100 gm brokoli – dipotong]
  • 100 gm bunga kobis – dipotong
  • 100 gm lobak merah – potong kecil dan panjang
  • 5 tangkai baby corn
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air – bancuhkan bersama tepung jagung
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
  • daun sup dan daun bawang

Directions

  1. Panaskan minyak dan masukkan kueh tiaw bersama telur dengan kuantiti hidangan untuk seorang makan.
  2. Balikkan telur yang dah masak dan angkat serta ketepikan.Ulang langkah ini sehingga habis.Ikut citarasa masing2 la nak berapa orang makan..
  3. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang,sotong dan fish cake.
  4. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
  5. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
  6. Campurkan brokoli,lobak merah,cili merah dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
  7. Tuang kuah ke atas kueh tiaw serta taburkan daun sup derta daun bawang.
  8. Siap untuk dihidang.

 

%d bloggers like this: