Bahan-bahan:
250 gm tepung pulut (di ayak)
80 gm gula pasir
200 gm gula merah
250 ml air
Beberapa helai daun pisang
Beberapa utas tali rafia (untuk mengikat tin berukuran 5cm lebar dan tinggi 10cm

Cara-caranya:
1. Masukkan gula pasir dan gula merah serta air ke dalam mangkuk. Kacau sehingga larut dan biarkan selama 15 minit.
2. Sementara itu, sediakan tepung pulut ke dalam mangkuk.
3. Tuangkan larutan gula tadi ke dalam tepung pulut dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.
5. Sementara itu, alas tin dengan daun pisang, pastikan ia melebihi bahaguan atas tin, agar mudah mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah)
6. Didihkan air dan kecilkan api
7. Tuangkan separuh adunan ke dalam tin. Kukus selama 10 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin/kain kasa/ pembalut aluminium agar wap air tidak meniti ke atas kuih.

%d bloggers like this: