Bahan-bahan diperlukan:

  • <b>BAHAN INTI KACANG</b>
  • 300g kacang hijau
  • 150g gula
  • 150g kelapa inti parut
  • 40g tepung gandum
  • 1/2 sdt garam
  • <b>BAHAN UNTUK KULIT</b>
  • 120g tepung beras
  • 60g tepung gandum
  • 1 sdb minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya (ikut suka nak kulit tebal atau nipis)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. <b>CARA BUAT INTI KACANG</b>
  2. Cuci bersih kacang hijau dan rebus hingga betul-betul empuk. Bila dah empuk masukkan gula, kelapa parut, tepung dan garam. Kacau sebati dan masak hingga kering. Sejukkan.
  3. Ambil sebarang tutup bekas yg berbentuk bulat, alas dgn plastik. 
  4. Bila inti dah betul-betul sejuk, ambil sedikit dan letak dalam acuan. 
  5. Tekan inti supaya padat dan memenuhi ruang acuan.
  6. Dengan cara ni akan dpt bentuk yg sama untuk semua kuih. 
  7. <b>CARA BUAT KULIT</b>
  8. Campur semua bahan dan tambah air secukupnya. Gaul rata.
  9. Bila semua dah sedia, panaskan minyak, ambil inti, celup dlm tepung dan goreng hingga selesai.

Toskan minyak dan boleh dihidang

%d bloggers like this: