4 kpg daging kambing (sesuai utk dibuat lamb chop)
4 ulas bawang putih, dikisar
2 cm halia, dikisar

2 sb sos lada hitam
1 sb sos tiram
1 st kicap manis
1/2 st madu
1 sb mentega
2 sb minyak
garam & serbuk lada hitam secukupnya

BAHAN SOS
2 sb mentega
1 labu bawang besar, didadu kecil
1 ulas bwang putih, ditumbuk
100 gm cendawan butang, dihiris
3 sb sos lada hitam
1 paket (16 gm) sup cendawan segera + 250 ml air panas
1/2 st kicap pekat
garam & serbuk lada hitam secukupnya

CARA
Campurkan semua bahan perap.
Perap kambing dalam bekas bertutup selama 4 jam.
Goreng dengan sedikit minyak dan mentega hingga masak. [Jangan dibalik2kan kerana ia takkan garing sempurna. Tutup supaya mudah masak, pastikan api perlahan TETAPI hendaklah kuat pada mulanya utk memanaskan minyak]
Untuk sos. Cairkan mentega. Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan sos lada hitam, sup, cendawan, kicap dan bahan lain.
Masak hingga pekat dan mendidih barulah diangkat.

%d bloggers like this: