BAHAN:

  • Sos Marinara segera (tidak kisah jenama apa)
  • 2-3 paket daging cincang
  • Cendawan butang (dicincang kasar)
  • Bekas kaserol tahan panas
  • Garam dan lada hitan secukup rasa
  • Emping cili (kisar kasar cili kering)
  • Keju Ricotta
  • Keju Mozzarella (dicincang kasar)
  • Keju Parmesan (siap diparut)
  • 2-3 biji kuning telur
  • Daun parsli segar (dihiris)
  • Serbuk cabai (Cayenne powder)

CARA:

INTI DAGING:

  1. Panas periuk di atas api serdehana.
  2. Tuangkan 3 sudu besar minyak zaitun dan goreng daging cincang tadi sehingga semuanya hancur. (tidak perlu garing)
  3. Masukkan cendawan bersama bahan perasa seperti garam, emping cili dan lada hitam. Gaul sebati. Goreng sehingga naik bau.
  4. Tuang sos marinara sehingga campuran daging teggelam.
  5. Tutup periuk. Biarkan ia masak dan direneh selama 2 jam.

INTI KEJU:

  1. Dalam mangkuk bersih, pukul kuning telur.
  2. Masukkan ketiga-tiga jenis keju bersama bahan perasa garam, serbuk lada hitam, serbuk cabai dan daun parsli siap dicincang. 
  3. Gaul mesra sehingga semua keju hancur dan memekat sedikit menjadi seperti pes.
  4. Pastikan anda menggunakan keju asli supaya rasanya lebih berkrim dan enak!

PASTA LASAGNA

 

  1. Jerang air untuk merebus kepingan pasta lasagna sehingga lembut.
  2. Anda juga boleh mendapatkan kepingan pasta lasagna segera seperti di dalam gambar di atas.
  3. Pastikan ia tidak terlalu lembik kerana dikhuatiri pecah apabila disusun dalam kaserol nanti.

CARA MENYUSUN:-

  1. Sediakan bekas kaserol anda.
  2. Tutup bahagian dasar kaserol dengan kepingan pasta lasagna yang telah siap direbus.
  3. Tuang campuran keju di atas pasta.
  4. Seterusnya, lapisakan pula dengan sos daging dengan rapi. ratakan menggunakan bahagian belakang senduk.
  5. Sekali lagi, lapiskan lapisan sos daging dengan pasta diikuti campuran keju serta sos daging sehingga pasta lasagna habis disusun sebelum bahagian paling atas diakhiri dengan sos daging.
  6. Serlahlah rupa lasagna anda dengan taburan keju mozzarella dan parmesan yang akan membuatkan lasagna anda lebih mewah dan sedap! Jangan lupa taburkan sedikit hirisan daun parsli sebagai penyeri dan aroma.
  7. Tutupkan bekas kaserol dengan kertas aluminium sebelum dibakar pada suhu lebih kurang 200 ºC selama 30 minit.
  8. Setelah 30 minit berlalu, alihkan kertas aluminium dari kaserol dan bakar lagi selama 30 – 35 minit.
  9. Jika ia telah bertukar warna lebih gelap keemasan dan menggelegak sedikit.
  10. Siap untuk dinimati panas-panas. Yum!

SPAGHETTI AGLIO E OLIO

Aglio E Olio adalah bahasa Perancis yang bermaksud spaghetti bersama bawang putih dan minyak.

Bahan:

  • 1 paket pasta spaghetti (saiz normal)
  • 10 butir bawang putih (dicincang)
  • Emping cili (kisar cili kering)
  • 10 butir udang segar (belah tanpa putus untuk buang kekotor hitam)
  • Minyak zaitun
  • Garam sebagai perasa
  • Baby tomato segar (dibelah dua setiap satu)
  • Daun parsli dihiris
  • Keju parmesan parut

Cara:

  1. Rebus spaghetti sehingga teksturnya anjal.
  2. Panaskan minyak zaitun secukupnya di dalam kuali. Agak-agak supaya tidak terlalu banyak dikhuatiri hidangan anda terlalu berminyak nanti.
  3. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan udang yang telah siap dibersihkan dengan sedikit garam sebagai perasa. Masak sehingga udang sedikit garing.
  5. Akhir sekali masukkan spaghetti sedikit demi sedikit diselangi tomato kecil yang telah dibelah dua.
  6. Masak sehingga semuanya sebati. Jika tawar, boleh tambah garam.
  7. Angkat dan alihkan dari api.
  8. Jangan lupa taburkan emping cili, keju parmesan parut dengan hirisan daun parsli di atas hidangan perseorangan sebelum menjamu tetamu anda! Oh, boleh perah sedikit jus lemon sebagai penambah perisa.