
Akar:
Bahagian akarnya diguna untuk sakit ginjal, menguatkan fungsi seks, sakit perut, sakit kepala, ulser mulut, Buah: Buahnya yang manis boleh dijadikan untuk menggantikan gula bagi penghidap kencing manis atau dicampur dengan air dan di minum bagi meredakan demam, demam malaria, batuk, merawat bengkak, melawaskan kencing dan dijadikan ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Biji: Bijinya berwarna hitam seperti biji selasih dicampurkan dengan seirap dapat menyejukkan badan.
Daun lemba
Digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. Daun sembong biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman manakala akar dan daun yang ditumbuk pula digunakan untuk merawat sengal-sengal tulang, sendi dan otot. Lemba mempunyai khasiat untuk menyembuhkan sakit kepala dan penyakit ulser mulut.
