Lobak merah mengandungi vitamin A yang tinggi. Permakanan lobak merah boleh memberi banyak manfaat kepada manusia seperti menyebabkan kulit menjadi cantik, mencegah kanser dan anti-penuaan. Selain itu, ia juga boleh memberi kesihatan yang baik pada mata dimana vitamin A dalam retina berfungsi untuk menghasilkan rhodopsin pigmen ungu yang perlu untuk menjadikan penglihatan menjadi lebih terang dan baik. Lobak selalunya digunakan sebagai bahan penambah dalam masakan seperti kerabu dan juga seringkali digunakan untuk membuat jus. Untuk menggunakannya sedikit leceh kerana Lobak lambat kering. Gambar di atas menunjukkan tips untuk keringkan lobak dengan berkesan.

%d bloggers like this: