Ingredients

  • 1┬áliter santan
  • 1 liter air suam
  • 150 gm kacang panjang – dipotong 5 cm setiap potongan
  • 150 gm kubis – dipotong
  • 150 gm lobak merah
  • 2 batang serai – diketuk
  • 40 gm lengkuas – diketuk
  • 4 biji tauhu (dipotong menjadi 4 keping, goreng sehingga keemasan)
  • 2 keping tempe (dipotong menjadi kiub dan goreng)
  • 800 gm nasi himpit – dipotong dadu
  • 5 biji telur rebus – dibelah dua
  • garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIKISAR :

  • 150 gm bawang merah
  • 30 gm halia
  • 50 gm bawang putih
  • 80 gm kunyit hidup
  • 30 gm cili kering – direbus dan dikisar
  • 40 gm udang kering
  • 2 biji buah keras

Directions

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan bahan yang dikisar dan tumiskan hingga naik bau dan garing.
  3. Kemudian,masukkan santan dengan air suam. Masak sehingga mendidih.
  4. Tambahkan kacang panjang, kubis,lobak, serai dan lengkuas. Masak sehingga sayur-sayuran menjadi lembut.
  5. Kacau sebati dan kemudian tambahkan tauhu dan tempe goreng.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Siap untuk dihidang bersama nasi himpit.