KEGUNAAN PERUBATAN

Lumut laut / rumpai air (seaweeds) adalah berkesan untuk kesihatan manusia. la mempunyai kuasa penyembuh untuk tuber-culosis, arthritis, demam dan demam selse-ma, jangkitan cacing dan meningkatkan daya penarik terhadap jantina yang berlainan.

Spesis Digenea (Ceramiales; Rhodo-phycota) menghasilkan vermifuge yang berkesan (asid kainic). Spesis Laminaria dan Sargassum telah digunakan di China untuk rawatan kanser. Penghalang tumor kanser di dalam haiwan adalah disebabkan oleh polycaccharides. Stip Laminaria kering telah lama digunakan di dalam bidang kebidanan untuk membesarkan serviks dan ia dikenali dengan nama ‘Laminaria tents’. (Stents & Borden, 1984). Stip yang kering ini secara perlahan-lahan menyerap air dan berkembang. Stip yang seumpama itu juga digunakan di China sebagai penyelitan alat intrauterus.

Eksrak air (aquenous) dari dua algae merah dalam kumpulan Dumontiaceae telah dijumpai dapat menghalang virus herpes simplex tetapi tiada kajian yang dilakukan terhadap manusia lagi. Algae merah yang lain iaitu Ptilota menghasilkan protein (lectin) yang dapat mencantumkan eritrosit jenis B manusia dalam vitro. Ektrak Ptilota telah dipasarkan. Banyak laporan kesan perubatan dari algae marin tidak dapat dibuktikan. Namun begitu spesis Corallina telah digunakan dalam terapi pemindahan tulang.