Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ikat daun turi 
  • 2 biji ubi keledek (Dipotong kecil) 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 cawan air 
  • 1 cawan santan (½ biji kelapa) 
  • 2 sudu makan ikan bilis 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Asingkan daun turi daripada tangkainya kemudian cuci sehingga bersih. 
  2. Buangkan kulit ubi keledek dan potong kecil-kecil. Rebuskan ubi keledek sehingga empuk dan tuskan airnya. 
  3. Masukkan ubi keledek, daun turi, bawang besar, ikan bilis, cili merah, garam, dan air ke dalam periuk. 
  4. Masakkan sehingga mendidih. 
  5. Masukkan santan dan kacau rata sehingga mendidih lagi. 
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan.

 

 

%d bloggers like this: