Bahan-bahan diperlukan:

  • 1/2 biji labu – dikupas kulitnya dan dipotong kepada saiz yang sesuai
  • 1/2 biji bawang besar – dimayang
  • 1 biji cili merah – ditumbuk kasar
  • 2 sudu besar ikan bilis (ditumbuk), boleh ganti dengan udang kering tapi tak payah tumbuk
  • Santan (kalau cair letak 1 cawan, kalau pekat letak 1/2 cawan)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Sayur bayam atau suun

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Letakkan labu yang telah dipotong dengan bawang merah, cili dan ikan bilis ke dalam periuk.
  2. Tambahkan air sehingga menenggelami labu. Kemudian, buka api.
  3. Biar sampai labu menjadi agak lembut (cucuk dengan garpu).
  4. Masukkan santan, garam secukup rasa. Tambahkan air jika mahu lebih kuah. Biarkan sehingga mendidih dan santan masak.
  5. Akhir sekali, masukkan suun atau bayam. Biar sekejap saja supaya tak terlampau lembik. Hidangkan.