Bahan-bahan diperlukan:

  • 500g kacang dhal
  • 1 biji bawang besar (ptg dadu)
  • 8-10 biji cili api (ptg kcl)
  • 10 helai daun kari (ptg kcl)
  • 1-2 sudu teh garam (sesuaikan)
  • 2-3 sudu tepung gandum (sesuaikan)
  • minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rendam kacang dhal semalaman. Toskan dan blend tanpa air. (tak semua kacang akan hancur.. biarkan begitu)
  2. Gaulkan kacang mesin bersama bawang, cili api dan daun kari
  3. Perisakan dengan garam.
  4. Tambah tepung gandum sedikit-sedikit sambil merasa samada bahan-bahan boleh dikepal dan melekat (agar ia tak hancur bila digoreng nanti)
  5. Kepal adunan dengan menggunakan tapak tangan (bukan jari) agar ia berbentuk bulat, leper dan padat. 
  6. Goreng dengan minyak yg banyak hingga garing
%d bloggers like this: