NAMA LAIN
Mata Ayam
NAMA SAINTIFIK
Morinda Eliptika
KEGUNAAN & CARANYA
-
Kulit batang pokok pelanduk boleh digunakan untuk mengubat kudis. Kulit kayu pada batang ditumbuk lumat dan campur dengan minyak kelapa dan belerang (sulfur) dalam nisbah yang sama.Campuran ini disapukan pada kudis.
-
Pucuk pokok mata pelanduk boleh digunakan untuk merawat demam panas. Segenggam pucuk diramas dalam air sehingga keluar lendir atau tumbuk akar hingga lumat dan campur air serta tapis. Air ini digunakan untuk membasuh kepala setiap hari
-
Akarnya dianggap mujarab untuk campuran ubat sakit meroyan.
-
Air rebusan akarnya diyakini baik untuk membantu membersihkan darah, mengubati batuk, merawat sakit telinga, demam, patah, terseliuh, sakit tekak atau dada. Tetapi awas, jika minum terlalu banyak menyebabkan seseorang muntah.
-
Daunnya elok untuk mengubat penyalit sengal-sengal tulang. Lumatkan daun beserta akarnya lalu pupukkan pada tempat yang sakit.
-
Buahnya yang berwarna merah dan manis, boleh dimakan sebagai ulam.
-
Akstrak tumbuhan berubat ini juga digunakan di dalam untuk merawat kelemumur dan gatal kulit kepala iaitu dengan cara mencampurkan dengan minyak kelapa dan pati bunga-bungaan.
-
Khasiatnya yang teristimewa dalam akar tumbuhan berubat ini dikatakan mampu meneutralkan asik urik bagi pesakit ghout dan bengkak sendi.
-
Bersifat DIURETIK (Memperbanyakkan Buang Air Kencing) untuk membersihkan penapis buah pinggang
-
Membersihkan salur kencing