Bahan bahan


2 paket mee Udon
1/2 biji bawang Holand atau ade orang cakap bawang Belanda
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos black paper (tak kisah jenama)
1/2 sudu teh serbok lada hitam
1 sudu makan kicap pekat
1/2 cawan air
Isi ayam atau daging terpulang dalam resepi ni saya guna isi ayam
2 biji cili Capsicum

cara :

– Mee udon tu dibersihkan dengan air bersih, ingat tau mee ni mudah patah so bersihkan perlahan2 iye.

– Bawang2 berdua tu dihiris2. Begitu juga dengan ayam dipotong2 kecil dan jangan lupa cili2 capsicum, dia ni pun kene hiris.

Step pertama tumis kedua2 bawang hingga layu kemudian waktu ni boleh la masukkan isi ayam. Masak hingga ayam tu kekuningan atau masak, bukan sampai garing tau. Lupe nak bagi tahu dalam resepi ni saya masukkan juga pedal ayam sebab suami kate jangan membazir. So kepingan2 color cokelat tu pedal yang dihiris tau.

Seterusnya masukkan air, sos black paper & kicap pekat. 

 

Masak hingga kuah agak2 pekat kemudian masukkan mee udon. Gaul kesemuanya dan masak lebih kurang 2 minit pastu boleh lah masukkan cili capsicum.

Macam ni lah rupanye bila semua bahan2 digaulkan..tapi ni belum masak lagi. teruskan aktiviti menggoreng ni hingga lah cili2 tu nampak lembut.