Tomato adalah sejenis sayur buah yang sangat berkhasiat untuk tubuh badan manusia. Ianya kaya dengan vitamin dan mineral serta boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan boleh memperbaiki sistem penghadaman (termasuklah mengelakkan sembelit). Di samping itu, rasanya juga sungguh enak untuk dimakan. Seringkali digunakan dalam masakan dan ramai juga menghasilkan jus kerana rasanya yang sedap dan segar. Untuk mengekalkan kesegaran tomato, kami sediakan tips yang mungkin boleh anda gunakan di rumah. Selamat Mencuba.!