Minyak sering digunakan dalam masakan harian bukan sahaja di Malaysia tetapi ianya juga merupakan sumber asas kepada masakan di seluruh dunia. Makanan yang jenis goreng-gorengan seperti ayam goreng, pisang goreng dan keropok lekor menggunakan minyak untuk dimasak yang membolehkan rasanya menjadi sedap dan rangup. Namun begitu masyarakat kita di Malaysia sering menggunakan minyak masak secara berulang kali (minyak yang telah menjadi hitam)  ketika menggoreng untuk mengurangkan kos perbelanjaan. Minyak yang telah hitam tersebut boleh memberi kesan yang buruk pada tubuh manusia seperti salur darah tersumbat yang boleh menyebabkan masalah jantung. Tips di atas menunjukkan cara untuk mengelakkan minyak masak yang digunakan daripada menjadi hitam.

%d bloggers like this: