1. Bahan-bahannya

    6 biji telur saiz besar, atau 8 biji telur saiz sederhana.
    Susu sikit (saya tambah air je sbb susu dah habis) – ni untuk bagi telur tu gebu.
    Cendawan – potong dadu
    1/4 labu bawang besar atau bawang holland – dadu halus
    Sebatang cili hidup – cincang halus
    Garam/ lada hitam secukup rasa
    Keju – saya guna mozarella yang dah siap diracik.

    Cara-cara:
    Panaskan oven (180-200C)
    Sapu minyak pada muffin tin
    Pukul telur, susu, garam dan pepper sampai kembang.
    Tambah sayur-sayur lain.
    Curah dalam bekas muffin

    Tabur keju..

    1. Sambil tunggu masak, boleh basuh pinggan dan mandikan anak.
    2. Kalau nak sedap, boleh juga tambah sosej dipotong dadu, capsicum, daun bawang, lobak merah, atau kacang peas. Apa-apa lah yang tergerak nak letak. Ikut sukati lah anda yang nak makan.
    3. Siap 12 ketul muffin. Tadi makan, ada balance 3 ketul lagi. Boleh buat lauk lunch makan ngan nasik. Senang je kan? Variasi sket menu telur kita.

     

%d bloggers like this: