Bahan-bahannya:
6 cawan nasi putih
3 sudu besar udang kering – direndam seketika, kemudian dibasuh dan ditoskan.
3 biji telur
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 sudu teh lada hitam
1 biji cili merah dihiris
Garam, gula dan perasa 
Minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:
Masukkan garam, gula, dan perasa ke dalam nasi dan gaulkan rata. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris beserta dengan udang kering. Kacau sehingga naik bau dan bawang kekuningan. Jangan sampai rentung. Kemudian pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau telur sehingga sebati dengan bahan-bahan tumisan. Masukkan nasi, cili merah, dan lada hitam. Gaulkan sehingga sebati.

 

%d bloggers like this: