Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cwn nasi putih
  • 1 sdb cili padi kisar
  • 1 sdb bawang kisar
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 pokok daun ketumbar
  • 3 biji cendawan butang (Hiris nipis)
  • 1 btg carrot (Potong ikut suka)
  • 4 btg putik jagung (Potong bulat)
  • 3 sdb jagung tin
  • Daging sebesar tapak tangan (Hiris nipis dan kecil)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis (Lg sedap klu guna olive oil)
  • Sedikit sos lada hitam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. *Tumbuk bahan yg bertanda * hingga lumat.
  2. Panaskan minyak, tumis bhn tumbuk hingga wangi, masukkan cili padi kisar dan bawang kisar, kacau sebati hingga agak garing.
  3. Masukkan daging dan biarkan daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sos lada hitam.
  5. Masukkan semua jenis sayur dan kacau sebati tp jgn biar sayur lecur.
  6. Masukkan jagung tin dan nasi. Kacau lagi hingga betul-betul sebati.
  7. Hidangkan panas dgn timun dan salad (Jika suka)
  8. Selamat Mencuba.
%d bloggers like this: