BAHAN-BAHAN:
250 gm udang saiz besar – dicincang kasar
2 sudu besar red curry paste
1 biji telur gred AA
2 sudu teh kicap soya
1 sudu besar gula
2 sudu besar santan pekat
1/4 cawan kacang panjang – dihiris nipis
Daun selasih – dicincang kasar…agak2 dalam 2 sudu besar jer.
minyak masak secukupnya

CARA PENYEDIAAN:
1. Udang yang telah dicincang kasar tadi dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 1/2 jam- utk menyedapkan lagi teksturnya.
2. Masukkan udang tadi bersama red curry paste,telur,kicap soya, serta santan dalam mesin pengisar dan kisar halus.
3. Kemudian,masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan kacang panjang serta daun selasih serta perasakan dengan garam dan gula.
4. Bentukkan nuget anda mengikut citarasa masing2..bulat atau leper…ulang langkah ni sampai habis.
5. Panaskan minyak dalam frying pan..
6. Masukkan nuget udang tadi ke dalam frying pan dan goreng hingga keemasan…terbalikkan hingga nuget masak.
7. Hidangkan bersama sos cili thai Maggi.
8. Bahan untuk red curry paste :
9. 2 inci lengkuas – dihiris nipis
10. 15 ulas bawang putih
11. Kulit limau purut – dihiris
12. 2 batang serai dihiris nipis
13. 10 biji cili kering – dihiris
14. 2 inci belacan
15. garam dan gula
16. Semua bahan ini ditumbuk hingga halus

%d bloggers like this: