Masukan oren dan air dlm periuk.Jumlah air cukup pada paras menutupi oren.Masak pada api yg sedikit kuat pada permulaan.Selepas 10 -15 minit,sederhana kan api dan renih perlahan.Tutup periuk dan masak selama 45 minit.Tambah air jika perlu,masak hingga betul betul lembut.Tapis kan oren dan biarkan sejuk.Cincang kasar dan masukan oren ke dlm pengisar.Kisar hingga hancur.
Panaskan oven dengan suhu 160c.Lapik kan acuan dengan kertas minyak.Dengan menggunakn electric mixer,pukul telur bersama gula dan esen vanilla hingga kembang.Masukan oren dan serbuk badam.Ayak tepung+baking powder.Dengan menggunakn sudip/sudu besi,kaup perlahan bancuhan kek tersebut.
Tuang bancuhan kek ke dlm acuan dan bakar selama1 jam 15 minit atau sehingga kek masak betul bila di test dgn lidi.Rehatkn kek selama 30 minit sebelum di keluarkan dari acuan.Hiaskan dengan gula ising dan dihidang dengan sedikit thick krim ataupun yoghurt.
Jika suka coklat,boleh mkn dgn coklat sos..pun sedap jugak.Utk coklat sos,coklat masakan(dark)+thick krim+sedikit gula.Double boil 3 bahan tersebut,guna sudu besi utk kacau.Elakan guna kayu.coz sudip kayu yg lembab boleh rosakan kelembapan coklat.