Ingredients

BAHAN-BAHAN A:

2 cawan tepung gandum1 sudu kecil garam

5 sudu makan butter ( tidak masin)

1 sudu makan cuka (jika suka)

air ais

BAHAN INTI AYAM (BAHAN B):

1 keping dada ayam (hiris kecil2)

1 labu bawang besar (hiris dadu kasar sikit)

3 ulas bawang putih ( cincang)

5-6 biji cendawan shitake @ apa2 jenis pun boleh (hiris)

1 1/2 sudu makan lada hitam tumbuk (jgn terlebih buboh nnti pahit pulak)

2 batang lada merah (hiris)

1 1/2 udu makan tepung gandum

1/4 cawan air

1/3 cawan susu @ santan

1/2 sudu makan gula

1/2 sudu makan serbuk pati ayam

3 tangkai daun sadri/parsly cina (hiris)

garam secukup rasa

minyak untuk menumis

Directions

CARA MENYEDIAKAN BAHAN A (PASTRY):

1Gaulkan tepung dengan garam dan masukkan butter dan gaulkan menjadi abuk roti.

2Satukan 3 sdm air ais dengan cuka dan tuangkan kedalam adunan tepung dan gaul menjadi doh yang lembut .* Jika adunan nampak/rasa keras tambahkan air ais sedikit demi sediki dan uli sampai jadi doh lembut.

3Seperti biasa balut dalam palstik dan simpan dalam peti sejuk.

4INGAT: jgn over/terlebih menguli pulak

CARA MENYEDIAKAN BAHAN B (INTI):

1Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih, bawang layu masukkan ayam dan lada hitam. Kacaukan.

2Masukkan air dan kesemua bahan lain, masakkan seketika agak pekat tutup api. Taburkan daun sadri/parsly cina. sejukkan.

3* Jangan terlalu kering*

 

CARA-CARA MENYEDIAKAN PAI AYAM BLACK PEPPER:

1Canaikan pastry doh tadi kepada dua bahagian dan masukkan satu bahagian kedalam loyang yang digriskan. Masukkan inti.

2Dan tutup permukaan dengan pastry yang satu lagi, kalau tutup penuh hendaklah dilubangkan/digores dengan pisau sedikit agar wap panas dapat tubik/keluar.

3Sapukan atas pastry dengan telur. Kemudian bakar selama 50 minit atau masak (keperangan)

%d bloggers like this: