bahan-bahan

  • Daun bawang (4-5 batang)
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil pes kacang soya (doen jjang) – boleh digantikan dengan taucu
  • 1/2 sudu kecil gula
  • Tambahan: udang (anda boleh letak apa-apa bahan mengikut citarasa anda)

Cara masak 

 Potong daun bawang sepanjang 5 inci, untuk bahagian bawang yang tebal, belah setengah dan kemudian potong sepanjang 5 inci. Asingkan.

  • Untuk bater, masukkan tepung gandum, pes kacang soya, gula dan air ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
  • Panaskan minyak ke dalam kuali
  • Susun daun bawang selari.
  • Tambahan: Taburkan isi udang atas daun bawang.
  • Tuangkan adunan sehingga rata.
  • Sambil masak, tekan pancake dengan sudip.
  • Terbalikkan jika sudah nampak garing keemasan.
  • Hidangkan panas-panas dengan sos.

Bahan-bahan untuk sos:

Campurkan semua bahan dalam mangkuk kecil dan hidangkan

  • 2 sudu besar sos soya (kicap cair)
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil gula/madu
  • Bawang besar (potong dadu)
  • Cili hijau/mera (cincang)
  • 1 sudu kecil bijan (dipanggang)
%d bloggers like this: