BAHAN-BAHAN KUAH :

  • 1 kg ikan kembong
  • 1 tin kecil ikan sardine “cap ayam”
  • 20 biji cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas dan toskan*
  • 5 biji cili merah*
  • 6 biji bawang merah*
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 batang serai, dihiris*
  • 1 cm lengkuas*
  • 30 g belacan* – *dikisar halus
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
  • 1 cawan nenas yang didadu halus
  • 1 genggam daun pudina
  • 1 genggam daun kesom
  • 3 keping asam gelugor
  • 20 g asam jawa + 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
  • air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :

  • Mee laksa, kalau guna yang kering, rendam 1 – 2 jam, rebus lembut, tos, cuci dgn air paip dan toskan.
  • Hirisan daun kesom
  • Hirisan daun salad
  • Hirisan daun selom
  • Hirisan cili padi
  • Hirisan timun – potong bentuk jejari halus
  • Hirisan bawang besar
  • Hirisan bunga kantan
  • Belahan limau kasturi
  • Petis secukupnya

Directions

UNTUK KUAH :

  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak.
  2. Keluarkan ikan, asingkan isi dan tulangnya.
  3. Kisar tulang-tulang ikan tadi dan tapis, ketepikan.
  4. Ikan sardin, diasingkan dari sosnya, cuci ikan tadi dan lecek hancur, buat sama dengan isi ikan kembong tadi.
  5. Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, nenas, air dari kisaran tulang ikan dan isi ikan tadi.
  6. Masak hingga mendidih dan masukkan jus asam jawa, asam gelugor dan air secukupnya.
  7. Tambah belahan bunga kantan dan daun kesom.
  8. Masak dengan api perlahan selama 45 – 60 minit.
  9. Tambah air jika perlu atau jika kuah terlalu pekat.
  10. 1Akhir sekali masukkan daun pudina dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  11. Biar mendidih 2 – 3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK PENYEDIAAN

  1. Masukkan laksa secukupnya dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah laksa tadi pastikan kacau dulu sebelum tuang secukupnya.
  2. Hias dengan bahan-bahan lain sebagai pelengkap dan diakhiri dengan 1/2 camca besar petis udang sebagai penambat selera.

 

 

%d bloggers like this: