Bahan-bahan: 

• 1/3 cawan santan

• 5 titik pewarna makanan merah

• 1/3 cawan gula

• 1/2 cawan tepung ubi kayu

• 1/4 cawan air

• 1/2 tin buah berangan air

Cara-cara: 
1) Ambil setengah tin buah berangan air, dalam kira-kira 10 hingga 15 keping. Anda juga boleh gunakan buah berangan air yang segar, tetapi ianya lebih senang untuk menggunakan di dalam tin kerana sudah dikupas dan sedia digunakan. Potong setiap buah berangan sehingga menjadi enam bahagian yang sama saiz. Masukkan kesemua potongan tersebut ke dalam mangkuk dan titiskan pewarna makanan berwarna merah dan satu sudu air dan gaul dengan rata. 

2) Langkah seterusnya adalah untuk menjadikan buah berangan merah berbentuk seperti delima. Rendam buah berangan tersebut ke dalam apa-apa jus. Sediakan tepung ubi kayu di dalam mangkuk besar. Kemudian, masukkan buah berangan ke dalam mangkuk dan goncang di sekeliling untuk menyalutkan buah berangan dengan tepung. Tapis buah berangan untuk menyingkirkan tepung yang berlebihan dan letakkan ke dalam mangkuk lain. 

3) Rahsia dalam membuat pencuci mulut ini ialah semburkan air pada buah berangan dengan penyembur kabus (misting spritzer). Kemudian, letakkan mereka kembali dalam mangkuk tepung dan salutkan dengan tepung lagi. Jika anda ingin delima yang lebih besar, ulang kaedah seperti tadi. 

4) Rebus air di dalam periuk. Apabila air mendidih, masukkan buah berangan bersalut tepung tadi ke dalamnya. Apabila masak, ia akan terapung dan menunjukkan warna yang sangat indah. Sendukkan mereka di dalam penapis dan masukkan ke dalam air yang berais. 

5) Dalam secawan kecil tambah gula dan air untuk membuat air bergula. Panaskannya selama 3-4 minit bergantung kepada gelombang mikro anda. 

6) Bahagikan delima dalam jumlah yang sama dan masukkan dalam dua mangkuk. Mencurahkan air dari mangkuk. Tambah separuh daripada santan and separuh daripada air bergula untuk membuat satu hidangan. Anda boleh menggunakan lebih atau kurang air bergula tersebut.