Buah pisang merupakan buah-buahan tropika yang senang di dapati di Malaysia dengan harga yang murah berbanding dengan buah-buahan lain. Pemakanan buah pisang boleh memberi banyak manfaat kepada tubuh badan manusia. Antaranya adalah membantu menjaga kesihatan mata, memperbaiki tulang dan juga berupaya mencegah penyakit kanser. Ia juga merupakan buah yang sering dimakan oleh atlet-atlet sukan kerana boleh membekalkan tenaga dalam badan. Tetapi pisang tidak tahan terlampau lama kerana ianya cepat masak. Tips di atas menunjukkan cara-cara untuk melambatkan pisang daripada masak dengan begitu cepat.

%d bloggers like this: