Bahan-bahannya:
Roti Gardenia
Keju
Sosej dicelur
Cendawan dipotong kecil dan celur
Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa pun boleh)
Bawang Merah potong halus
Cili besar potong halus
Daun parsley
Minyak zaitun
Cara-cara membuatnya:
- Sapu roti dengan sos spagetti atau sos cili, kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi, ikutlah susun ikut mana pun sukahati.
- Setelah sesuai disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas dan bakar dalam oven atau kuali dengan api sederhana.