Ingredients

ROTI ASAS PIZZA:

2 ½ Cawan tepung high protein

1 sudu makan yis kering

2 – 3 sudu makan minyak zaitun

2 sudu makan gula kastor 1 camca garam halus Sos Pizz

1 cawan air suam

1 labu bawang besar dipotong dadu

2 ulas bawang putih dicincang halus

1 tin kecil tomato puri

1 sudu makan paprika

1 sudu makan oregano

1 sudu maka parsli

1 sudu makan tepung gandum (untuk memekatkan kuah)

2 sudu makan gula

Sedikit garam

500 gm daging cincang ( kalau tak bubuh pun tak apa – saya pun tak bubuh kerana di atasnya dah letak macam2)

Minyak zaitun untuk menumis

TOPING PIZZA :- (IKUT PILIHAN SENDIRI LAH YER).

Mozzarella yang sudah diparut –lagi banyak letak barulah nampak ‘bergetahnya’

Keju Parmesan yang jenis serbuk

Sosej yang dipotong kecil

Cendawan butang yang dihiris nipis

Capsicum hijau dan merah

Directions

CARA-CARA MENYEDIAKAN ROTI ASAS PIZZA:

1Campurkan bahan-bahan kering di dalam satu bekas.

2Gaul rata.

3Masukkan air suam dan ulilah sehingga tak melekat di tangan.

4Doh yang sudah licin menandakan ia sudah cukup diuli.

5Perapkan sehingga naik 2 kali ganda.

6Tutup mangkuk doh dengan tuala lembab.

7Biarkan lebih kurang 45 minit.

8Apabila doh dah cukup kembang buangkan udara nya semula dan canailah diloyang pizza .(Boleh dapat asas pizza sebanyak 2 keping dengan saiz loyang 24 inci….)

CARA-CARA MENYEDIAKAN SOS PIZZA:

1Tumis bawang putih dan besar dengan sedikit minyak zaitun. Masukkan tomato puree, paprika, oregano dan parsli…. Tumis lagi.

2Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air jika perlu. Masukkan tepung gandum untuk pekatkan sos.

3Bila sudah sejuk bolehlah dilepakan atas pizza. Dan taburkan bahan2 ikut suka.

 

CARA-CARA MENYEDIAKAN TOPING PIZZA :

1Lepakan sos pizza diatas doh yang telah dileperkan dan ratakan di atas permukaan doh.

2Susun semua bahan2 toping di atas doh yang telah disapu sos pizza kemudian taburkan dengan keju parmesan dan mozzarella

3Bakar dalam oven dengan kepanasan 160 c atau ikut kepanasan oven masing2.