Khasiat makanan

Pucuk dan Daun muda : Dimasak untuk dimakan (sebagai lauk)

Kahsiat Ubatan

Akar : Direbus bagi mencuci buasir.

Daun : Dihancurkan dan ditampal pada tempat bengkak, radang dan reumatisme dan di belakang tengkuk atau kepala untuk merawat sakit kepala. Daun dipanaskan dan ditampal pada belakang dan depan dada untuk meransang peluh dan menurunkan suhu demam panas.

Daun diletak dalam kasut dan dipakai sebagai rawatan selsema.

Air rebusan daunnya diminum untuk menjaga kesihatan, merawat demam panas, melegakan rasa haus yang sangat teruk, radang selaput paru dan toreks yang menyebabkan dada dan rusuk terasa sakit.
Daun dihancurkan lalu direndam dalam air sejuk dan airnya diminum untuk merawat bengkak buah pelir.
Daun dan rantingnya diikat pada seluruh tubuh pesakit untuk meransang peluh bagi merawat demam panas.

 

%d bloggers like this: