Cekur Manis

NAMA SAINTIFIK :SAUROPUS ANDROGYNUS
NAMA LAIN :PUCUK MANIS, ASIN-ASIN
NEGARA ASAL :DIPERCAYAI BERASAL DARI ASIA TENGGARA
CIRI-CIRI :
• Pokok renek berbatang lurus, tegak dan mencapai ketinggian kira-kira 3 meter.
• Bahagian atas pula berkayu lembut, berwarna hijau dan mudah terkulai.
• Batang tidak mudah bercabang kecuali bila dicantas.Terdapat ranting-ranting lateral yang pendek dan daunnya tumbuh secara berselang-seli hingga ke hujung.Daunnya berbentuk bujur atau oblong, 2-5 cm diameter, 1-2 cm lebar berwarna hijau tua.
• Buahnya globos, berukuran 1.5 cm diameter, berpangsa tiga dan berwarna putih kemerahan.
KEGUNAAN :
• Sebagai sayuran tradisional, pucuknya yang muda biasanya direbus, berencah ikan bilis, sering dimasak lemak dengan ubi keledek dan cendawan sisir.
• Sayur ini dianggap sebagai ubat yang dapat memulihkan kesihatan ibu yang baru bersalin dan menambahkan pengeluaran susu ibu.

%d bloggers like this: