Khasiat ubatan
Biji : Dihancurkan dan dibuat ubat pupuk pada bisul.
Daun segar : Direndam pada suhu bilik lalu air ini dijadikan ubat luaran untuk mencuci luka , kudis, menghalang dan membunuh jangkitan mikrob serta parasit. Daunnya dipetik pada waktu pagi semasa masih ada embun, disapu sedikit garam dan air limau nipis lalu ditampal pada kulit yang gatal kerana parasit. Daunnya ditumbuk lumat sebelum ditampal pada kulit yang gatal atau luka yang lambat sembuh.

Kegunaan
Ekstrak daun dan kulit pokoknya membunuh cacing parasit. Asid hidrosianik boleh membunuh manusia dan haiwan. Tanin mengecutkan tisu dan protin pada kulit dan lendir.

Kegunaan lain
Biji (isi), Pokok (kulit) dan Daun : Dihancurkan dan disapu pada bahagian dalam dan luar ikan supaya ikan tidak busuk. Minyak diekstrak daripada biji (yang telah dinyahkan racunnya) untuk dimasak. Penyediaan yang kurang sempurna menyebabkan si pemakan cirit-birit. Antara cara untuk menawar racun di dalam bijinya adalah dengan merebus biji, direndam dalam air dan dikambus dengan abu atau dalam pasir di tepi pantai. Biji yang tidak disediakan denganbaik boleh membawa maut kepada orang yang memakan isi biji kepayang.
Isi biji, kulit pokok atau daun yang telah dihancurkan digunakan untuk menuba ikan dan udang. Daunnya untuk membungkus daging supaya tidak cepat busuk. Daunnya yang tua dijadikan lauk (pahit) melalui kaedah yang tertentu untuk mengenyahkan racun. Daun muda pula dijadikan ramuan racun sumpit. Daun dan dan biji kepayang boleh dijadikan makanan setelah segala racunnya dikeluarkan. Daun muda dan buah muda lebih beracun daripada buah masak atau daun matang. Oleh itu, buah yang dipetik sebelum cukup masak lebih berbahaya daripada biji yang diambil daripada buah masak atau yang gugur daripada pokok induk

%d bloggers like this: