Pokok Lipan

  • Batang pokok berbentuk bulat dan bila dipatahkan akan mengeluarkan getah berwarna putih susu

  • Batangnya ditumbuk dijadikan salap untuk digunakan sebagai ubat sakit sendi dan sakit kepala. 

  • Getah ini beracun kalau termakan, hanya sesuai untuk kegunaan luaran sahaja. Getah yang keluar dari bahagian daun boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak kerana patah tulang dan bisul serta menghalang luka berdarah. Dalam perubatan tradisionl getah yang diambil dari daunnya boleh disapukan pada bekas gigitan lipan untuk mengurangkan bisa dan bengkak. [Zawidatul Asma Zainuddin]

 

Khasiat dalam perubatan :

Mengubati penyakit kutu belut (kutil), ubat bisa sengatan lipan dan kala jengking

 


%d bloggers like this: