Kegunaan :

  • Daun pokok senduduk sering digunakan untuk merawat luka kecil dengan caranya melumatkan daun muda senduduk dan ditampalkan pada bahagian luka. Ia berfungsi untuk menghentikan pengaliran darah dan menyembuhkan luka tersebut. Pucuk senduduk yang masih muda dimakan sebagai ulam dapat merawat cirit birit. Daun senduduk yang dikeringkan dicampur bersama herba lain direbus dan diminum air rebusan tersebut boleh mengatasi masalah keputihan bagi kaum wanita. Daun senduduk yang tumbuk halus dan ditampal pada bisul akan segera memecahkan bisul dan mengecutkan bisul tersebut.

  • Akar senduduk yang dilumatkan bersama daunnya dan ditampal pada cacar atau parut cacar, dipercayai dapat menghilangkan kesan parut tersebut. Akar senduduk yang dikeringkan kemudian rebus dan diminum oleh ibu lepas bersalin(semasa dalam pantang) dapat menyembuhkan luka, mengecut dan mengetatkan semula rahim.

  • Untuk merawat buasir, air rebusan campuran akar, daun dan batang senduduk diminum airnya. Jika air rebusan tersebut digunakan untuk berkumur, ia akan meredakan sakit gigi. Air rebusan tersebut juga boleh dijadikan mandian untuk mengatasi masalah lenguh sendi tulang, angin dan ia menyegarkan badan.

  • Buah senduduk sebenarnya boleh dimakan tetapi ia kurang digemari kerana mempunyai biji-biji kecil dan warna buahnya akan memberi kesan yang lambat hilang pada bahagian mulut. Buahnya sangat digemari oleh burung dan haiwan. Bunga senduduk yang mekar boleh melembutkan kulit muka dengan merendam beberapa kuntum bunga dalam dan air rendaman tersebut digunakan sebagai pembasuh muka. Biarkan seketika dan bilas dengan air suam, kulit muka akan kelihatan segar dan berseri

%d bloggers like this: