KHASIAT DAN KEGUNAAN DALAM PERUBATAN
Demam panas:
Air rebusan pokok ini dibuat mandian dan daunnya dilumatkan untuk dijadikan penuam di kepala
Penyakit kulit:
Batang pokok diasah dan disapu pada kulit pesakit kusta. Air rebusan pula dijadikan losyen untuk penyakit cacar atau getahnya disapu pada kudis
Pencuci perut:
Air perahan dari isinya (rizome) yang segar dijadikan julap. Boleh juga untuk menghilangkan rasa loya, pening dan muntah
Pneumonia:
Isinya (rizom) dijadikan dalam bentuk serbuk untuk selsema, reumatik, asma, bronkitis, anaemia (di India) Selepas bersalin: Isinya direbus dan diminum bagi wanita selepas bersalin (Di Jawa)
Syphilis:
Akarnya direbus dan diminum secara teratur bagi penyakit kelamin (Jawa)
Tenaga Batin:
Dijadikan tonik oleh masyarakat Sunda, (Indonesia) Bahagian Pengunaan
Daun:
Daun dikacip dan digunakan sebagai bahan tuaman untuk kepala
Tumbuhan:
Di Malaysia, tumbuhan direbus, digunakan untuk memandikan pesakit demam tinggi Tumbuhan direbus digunakan sebagai sapuan kebadan pesakit cacar
Batang:
Batang di jadikan serbuk dan disapukan pada anggota badan yang berpenyakit kusta. Tunas: Jus dari pucuk lembut tender diperah ke dalam mata untuk penyakit mata.