bahan-bahan:
4 keping roti
4 sudu besar gula pasir
2 biji telur
2 sudu besar butter
1 tin susu cair ideal- 375ml @ susu segar
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan cornflakes
kismis, badam, gajus- ikut suka hati je nak letak banyak mana… } bahan kering
2 biji aprikot (dihiris), 2 biji kurma (dihiris), 2 biji buah tin (dihiris) } bahan kering
* kalau tak ada buah tin dan kurma takpa, aprikot pun ok.
caranya:
- sapukan roti dengan butter- sebelah bahagian roti sahaja.
- potong roti kepada 2 bahagian dan susun lapisan pertama ke dalam acuan.
- masukkan conflakes dan sedikit bahan kering.
- susun baki roti untuk lapisan kedua dan taburkan baki bahan kering di atasnya.
* di dalam mangkuk lain, pukul telur dengan gula. setelah gula hancur masukkan susu dan esen vanila.
kacau sebati dan tuangkan ke dalam acuan berisi roti tadi. biarkan roti kembang sekejap.
* masukkan adunan ke dalam pengukus. kukus dalam api sederhana selama 20 ke 25 minit, jangan buka pengukus selagi belum 20 minit