Bahan A:

 600 ml susu perisa coklat-dlm kotak 8 keping roti putih Butter secukupnya utk disapu pada roti

 Bahan B:

 5 sudu besar gula halus 2 sudu besar milo 2 biji telur ayam 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu besar tepung jagung

Bahan C:

 2 sudu besar kismis hitam Coklat chips secukupnya SOS KASTAD 1 tin susu cair 2 s/b tepung kastad 2 s/b gula *Kalau nak pudding roti agak kering masak la lebih lama dalam oven dan kalau nak lebih manis tambah la gula lagi

 Cara memasak :

  1. Sapukan sedikit butter pada pemukaan loyang pembakar . Sapu setiap keping roti dengan butter secukupnya dan susun roti dalam loyang atau bekas yang sesuai . Masa susun roti tu taburkan sedikit kismis dan coklat chips secukupnya pada pemukaan roti . Ulang susun sampai habis roti dan tabur pemukaan paling atas dengan coklat chips dan kismis.
  2. Kemudian tuangkan susu coklat ke dalam loyang dan biar roti rendam selama 1/2 jam.
  3. Kacau dan gaul rata bahan B. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang.
  4. Bakar dalam suhu 180’C selama 30 minit/masak.
  5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
%d bloggers like this: