Jangan guna scrub dan span muka, jika muka anda senang berjerawat
Christie Kidd, seorang pakar penjagaan kulit dari Beverly Hills, mengesyorkan wanita mengelak dari menggunakan produk penjagaan kulit yang mampu mengikis (scrub, span, berus) apabila mempunyai jerawat kerana ini hanya akan memburukkankeradangan.
Semua jenis kulit memerlukan produk pembersih yang lembut dan bebas sabun. Untuk mengurangkan keradangan pada muka, sapukan campuran air dan aspirin atas jerawat pada muka.