Penyegar
Wanita korea tidak sesekali meninggalkan penggunaan penyegar pada kulit wajah mereka, penyegar cukup penting untuk kulit wajah agar ia mampu menerima manfaat daripada produk lain secara maksimun.Malah penyegar juga sangat berguna untuk menormalkan kembali pH kulit wajah anda.
Pastikan anda elak menggunakan penyegar alkohol. Sebaiknya gunakan penyegar dengan testtur sedikit kental daripada air kerana ia mengandungi bahan-bahan yang boleh melembapkan dan menegangkan kulit seperti hyaluronic acid dengan hazel dan ekstrak aloe vera.Wanita korea biasanya mengaplikasikan penyegar dengan jeri-jemari sambil menepuk-nepuk pada kulit wajah dan leher agar ia menyerap ke dalam kulit secara maksima.