Ingredients

  • 1 ekor ayam – lumur kunyit dan garam dan goreng separuh masak
  • 3 biji tomato belah 4
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 60 ml santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 250 ml air
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • kacang peas – opsyenal
  • minyak untuk menumis

BAHAN HIRIS:

  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang besar
  • 2 cm halian – dihiris jadi 3 keping

BAHAN KISAR HALUS:

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 20 tangkai cili kering – direbus sebentar kemudian dikisar
  • 4 biji bawang besar
  • 2 cm halia

Directions

  1. Panaskan minyak dalam kuali. selepas itu tumis bahan hirisan sampai layu da harum. kemudian masukan bahan kisar dan gaul rata.
  2. Masukan sos cili dan cili kering yang dikisar tadi dan tumis sebentar sampai pecah minyak.
  3. Lepas tu bila sudah pecah minyak masukan ayam yang digoreng separuh masak tadi. kacau rata dan biarkan seketika.
  4. Masukan air mengikut sesuai selera dan masukan santan untuk memekatkan. selepas itu masukan garam dan tomato.
  5. Masak kembali sampai pecah minyak dan bila ingin rasa yang lebih sedap boleh masukan sedikit gula. bila warna sudah cukup cantik dan rasa dah sebati.
  6. Tutup api dan hidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato, dan nasi briyani.
  7. Resepi ayam masak merah semula tidak menggunakan gula. Tapi saya menambah gula bagi melengkapkan rasanya mengikuti cita rasa. Lagi sedap.