BAHAN

  • 240 gm unsalted butter ( dibahagi 2 bahagian )
  • 1000 ml  @ 1 liter air
  • 1 @ 2 sudu besar Gula Pasir 
  • 1 sudu kecil Garam 
  • 4 cawan tepung gandum ,1 sudu kecil vanila ,  4 biji Telur , minyak masak untuk menggoreng , gula kastor dan 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

PERALATAN :

  • plastik piping bag,
  • nozel bunga besar ,
  • gunting

CARA PENYEDIAAN :

  1. Didih air dalam pot @ periuk. 
  2. Apabila telah mendidih kecilkan api,kemudian gunakan spatula masukkan tepung gandum dan kacau adunan hingga sebati dan tak melekat di periuk.
  3. Matikan api dan pindahkan aduna ke dalam bekas mixer , masukkan telur satu persatu , gunakan spatula kacau adunan hingga sebati, Biar ia sejuk sedikit. Sekadar suam.
  4. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  5. Gunakan Plastik piping bag dan nozel bunga besar. masukkan adunan mengikut keselesaan anda.
  6. Standby gunting di sebelah anda, paipkan memanjang adunan ke dalam minyak yang telah dipanaskan.Bolak balikkan adunan yang digorengg sehingga warna keemasan, apabila masak angkat churos yang telah siap digoreng, dan toskan dengan menggunakan kitchen towel.
  7. Gula kastor dicampurkan serbuk kulit kayu manis , churos dibolak baik dalam campuran gula ini.