Kari Ayam dan Daging
Bahan-bahan:
1 Ekor Ayam | dipotong sederhana kecil ( *sama untuk 1 kg daging | di hiris )
25 Gram atau 2 sudu besar Rempah Kari Ayam & Daging Haji Halim
300ml Santan kelapa
1400ml Air
1 Biji Ubi Kentang | di potong dadu
2 Sudu besar Minyak masak untuk menumis
5 Biji lada kering | dikisar
Air Asam jawa / Asam keping secukup rasa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Bahan Tumis (A):
1 Tangkai Daun kari | dilurut (pilihan citarasa)
5 Ulas Bawang Merah | di hiris
2 Ulas Bawang Putih | di hiris
Cara Penyediaan (Cara ringkas Tukang Gulai):
1. Masukkan minyak masak dan panaskan dengan api yang sederhana, tumis bahan-bahan A sehingga garing dan naik bau.
2. Kemudian masukkan lada kering yang dikisar dan Rempah Kari Daging&Ayam, digaul sebati dan masak hingga pecah minyak.
3. Selepas itu, masukkan ayam berserta dengan air secukupnya. Kacau dan masak hingga sebati.
4. Masak hingga mendidih dan di perlahankan api, masukkan santan, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa, biarkan seketika hingga menggelegak dan masuk kan ubi kentang, masak hingga pulih.
5. Perasakan dengan gula dan garam, kacau sebati dan biarkan selama 5 hingga 10 minit dengan api perlahan.
6. Padamkan api dan sedia untuk di hidangkan.
* Untuk Kari Daging cara memasak yang sama digunakan, tetapi daging hendaklah di rebus hingga empuk terlebih dahulu.
Gulai Darat/Kawah Haji Halim
Bahan-bahan:
1kg Daging | dipotong sederhana kecil dan direbus
1/2 sudu besar REMPAH GULAI KAWAH/DARAT HAJI HALIM
1 cawan Santan pekat
4 cawan Air stok daging*
2 sudu besar Gula
1/2 ikat daun kesum
2 biji Ubi kentang (pilihan) | dipotong sederhana kecil
Asam keping secukup rasa (3 keping)
Garam secukup rasa
* Untuk Gulai Darat – Daging hendaklah di rebus hingga empuk terlebih dahulu. Simpan air rebusan (stok)
Bahan Kisar- dikisar bersama (Bahan A):
8 tangkai Cili kering
1 sudu kunyit debu / 4 cm kunyit hidup
4 cm lengkuas
3 biji Bawang merah
1 biji Bawang besar
2 ulas Bawang putih
2 sudu besar biji Ketumbar (ditumbuk)
Cara Penyediaan:
- Masukan air rebusan daging (4 cawan air stok)
- Masukkan bahan A, kacau dan masak.
- Kemudian, masukkan daging, masak selama 10 minit dengan api perlahan.
- Perasakan garam dan gula.
- Setelah mendidih, perlahankan api masukkan santan ,asam keping,ubi kentang, daun kesum dan gula secukup rasa.
- Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak (renehkan).
- Akhir sekali, padamkan api dan sedia dihidang
Kerutuk Daging Haji Halim
Bahan-bahan:
1 Kg Daging | direbus empuk
25 gram atau 2 sudu besar Rempah Kerutuk Haji Halim
1 Cawan Air rebusan daging
2 Cawan Santan
2 Sudu besar Kerisik
1 Sudu besar Kicap Pekat (pilihan citarasa)
2 Batang Serai | di titik
3 Sudu besar Minyak masak untuk tujuan menumis
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Bahan Tumis (A):
6 Ulas bawang merah | di hiris
8 Biji lada kering | di kisar
2 Batang Serai | di titik
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak dengan api yang sederhana, tumis bahan-bahan A sehingga naik bau.
- Masukkan Rempah Kerutuk Haji Halim, digaul sebati dan masak hingga pecah minyak.
- Kemudian, masukkan daging, secawan air rebusan daging, kacau dan masak sehingga sebati.
- Masukkan garam dan gula sedikit.
- Setelah mendidih, perlahankan api dan masukkan santan, kicap pekat, dan kerisik.
- Perasakan dengan garam dan gula, biarkan ia kering secara perlahan selama 8 hingga 10 minit dengan api yang perlahan.
- Akhir sekali, padamkan api dan kerutuk sedia dihidang.
* Cara memasak yang sama di gunakan untuk memasak Kerutuk Ayam.
Kuzi Ayam Haji Halim
Bahan-bahan:
1 ekor Ayam*
1 1/2 sudu besar Rempah Kuzi Haji Halim
1 tin Susu cair (F&N Ideal)
1100ml Air Stok Ayam
½ cawan Kismis | digoreng
½ cawan Badam | digoreng
250 gram Bawang Besar Goreng (Holland)
Garam dan Gula secukup rasa
Bahan A
1 sudu besar Minyak Sapi
2 cawan Minyak masak (Minyak Jagung-500ml)
Bahan B
½ Botol sos tomato (DeMonte atau Kimball)
1 Sudu Tomato Puree
½ Cawan air
*Ayam direbus setengah masak untuk air stok,
Semasa direbus masukan sedikit safron/pewarna kuning (sedikit sahaja)
Kemudian ayam digoreng setengah masak.
Cara Penyediaan:
1. Panaskan (bahan A) dengan api yang sederhana.
2. Kemudian masukkan dan tumis bahan-bahan B sehingga masak (pecah minyak).
3. Masukan 1100ml air stok ayam bersama bawang goreng dan REMPAH KUZI HAJI HALIM.
4. Masak selama 5-10 minit api perlahan.
5. Kemudian, masukkan 1 tin Susu cair.
6. Kalau pekat, tambah air secukupnya secara berperingkat.
7. Api di perlahankan dan masak selama 20-30 minit.
8. Setelah semua sebati (pulih), masukkan ayam.
9. Masak selama 10-15 minit, kacau dan biarkan ia lembut (renehkan dengan api perlahan).
10. Masukkan kismis dan badam.
11. Perasakan dengan garam dan gula.
12. Akhir sekali, padamkan api dan sedia dihidang.
Nota:
1. Untuk di makan bersama Roti, lebihkan gula sebagai penambah rasa manis.
2. Untuk di makan bersama Nasi, lebihkan garam untuk penambah rasa.
(Sesuai untuk Nasi Arab-Mandi,Maglubah dan Bukhari).
Kari Ikan Tenggiri
Bahan-bahan:
500g Ikan Tenggiri (ikut citarasa) | dibasuh dan dicampur garam dan cuka (toskan 5 minit)
1 1/2 sudu besar Rempah Kari Ikan Hj Halim | dicampur dengan ½ cawan air
1 cawan Santan pekat (Di cairkan menjadi 3 cawan dengan air)
1 biji Terung| dipotong sederhana kecil
2 biji Tomato | dibelah empat
6 biji Kacang bendi
2 biji cili hijau
Air Asam jawa / Asam keping secukup rasa
4 sudu besar Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
Bahan Tumis (A):
5 biji Bawang merah | dihiris
3 ulas Bawang putih | dihiris
2cm Halia
2 tangkai Daun kari | dilurut
2 sudu kecil halba campur
Cara Penyediaan:
1.Panaskan minyak dengan api yang sederhana, tumis bahan-bahan (A) sehingga naik bau.
2.Masukkan Rempah Kari Ikan Haji Halim. Gaul sebati dan masak hingga pecah minyak.
3.Kemudian, masukkan campuran 3 cawan air santan bersama air asam jawa secukup rasa.
4.Setelah mendidih, perlahankan api masukkan ikan, diikuti dengan kacang bendi, terung, cili hijau dan tomato.
5.Perasakan dengan garam gula, biarkan hingga masak selama 5 – 10 minit (dengan api perlahan).
6.Akhir sekali, padamkan api dan sedia dihidang.
Kurma Daging
Hidangan untuk:
1 Ekor Ayam
1 Kg Daging
Bahan-bahan:
1 Kg Ayam | dibersih dan ditos
2 sudu besar Rempah KURMA HAJI HALIM | dicampur dengan ½ cawan air
2 cawan Santan
1 Cawan air
2 biji Ubi kentang | dipotong dadu
2 biji Bawang besar | dibelah dua
3 sudu besar Minyak masak
½ sudu Cuka
Garam secukup rasa
Bahan Kisar- dikisar / dihiris bersama (Bahan A):
2 biji Bawang besar
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak masak dengan api yang sederhana, tumis bahan-bahan A sehingga naik garing.
2. Masukkan Rempah Kurma. Gaul sebati dan masak hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan Ayam, Ubi Kentang dan air secukupnya.
4. Kacau dan masak hingga empuk.
5. Setelah mendidih, perlahankan api dan masukkan Santan dan bawang besar.
6. Perasakan dengan garam gula dan cuka, biarkan selama 5 hingga 10 minit (renehkan dengan api perlahan).
7. Akhir sekali, padamkan api dan sedia dihidang.