Ramuan:
350g coklat gelap masakan berkualiti tinggi
120ml krim putar
3 biji kuning telur
50g gula
½ sudu teh minyak/ekstrak pudina
200g biskut Marie
50g kacang badam
60g kismis
Daun pudina
Cara:
1. Sediakan loyang bersaiz sederhana dan balutkan permukaan dalamnya dengan kertas parchment. Ketepikan.
2. Masukkan coklat yang sudah dicincang bersama dengan krim ke dalam mangkuk dan biarkannya direndam di dalam periuk yang tengah mendidih. Kacaukannya sekali-kala sehingga coklat lebur dan mula halus. Asingkan mangkuk dari periuk.
3. Pukulkan kuning telur dan gula bersama-sama sehingga ianya mula kelihatan ringan tapi pekat; ini akan mengambil masa lebih kurang 5 minit. Tuangkannya secara perlahan-lahan ke dalam coklat lebur yang masih panas. Selepas ianya bergabung dengan keseluruhan, masukkan minyak pudina, serpihan biskut berpecah, buah badam, dan kismis. Kacaukan bersama sebelum memindahkannya ke dalam loyang yang sudah disediakan dan tekankan adunan untuk mengelakkan poket udara. Ratakan permukaannya.
4. Biarkan kek sejuk di suhu bilik. Tutupkan loyang dengan Cling Wrap sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk 1-2 jam sehingga set. Potong sebelum dihidang. Boleh juga dihias dengan daun pudina.